Bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann, mengesahkan dia sedang mengadakan perbincangan dengan sebuah kelab LaLiga mengenai masa depannya.

Griezmann, 27, dikaitkan ke Barcelona yang dilaporkan sebagai pilihan untuk menandatangani pemain antarabangsa Perancis itu.

Biarpun memiliki kontrak sehingga pertengahan 2022, Griezmann berkata dia sedang membincangkan masa depannya dengan kelabnya.

"Sama ada saya akan meneruskan karier di Atletico, saya tidak tahu, kita akan lihat nanti," katanya kepada COPE selepas membantu pasukannya seri 1-1 di Arsenal dalam aksi separuh akhir pertama Liga Europa, awal pagi tadi.

"Kami sedang bercakap dengan kelab untuk melihat apa yang boleh dilakukan."

Griezmann menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-82 untuk Atletico bangkit memberi cabaran penting.