Pengalaman menakjubkan -- Henderson

Ammar Hakim
Julai 23, 2020 00:33 MYT

Jordan Henderson menikmati pengalaman menakjubkan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Liverpool mengatasi Chelsea 5-3 di Anfield.

The Reds akhirnya dapat merasai menjulang trofi EPL, hampir sebulan sejak mereka bergelar juara England.
Tiada penonton di stadium untuk menyaksikan kapten pasukan, Henderson menjulang trofi EPL yang disampaikan oleh Kenny Dalglish.
Pemain tengah Henderson, yang diketepikan ekoran kecederaan lutut, berkata ia adalah pengalaman yang sangat menarik apabila akhirnya bergelar juara England.
"Ia merupakan pengalaman yang menakubkan, sesuatu yang sangat istimewa," katanya.

ENJOY. EVERY. SECOND. ?#LFCchampions pic.twitter.com/uJjtc2KNBq

— Liverpool FC (Premier League Champions ?) (@LFC) July 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Liverpool berkunjung ke Newcastle United untuk perlawanan terakhir musim Ahad ini.