CELTIC 0 PARIS SAINT-GERMAIN 5

Brendan Rodgers menasihatkan Celtic untuk mengambil pengajaran daripada kekalahan 5-0 kepada Paris Saint-Germain dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.


Tewas 7-0 kepada Barcelona ketika bertandang ke Nou Camp dalam aksi pembukaan UCL musim lalu, kelab Scotland itu bolos tiga gol pada babak pertama perlawanan di Parkhead.

Edinson Cavani menjaringkan dua gol manakala Neymar dan Kylian Mbappe masing-masing turut menjaringkan satu gol, dengan pertahanan Celtic, Mikael Lustig, membantu pasukan lawan dengan jaringan sendiri pada penghujung perlawanan.

Mengakui kehebatan PSG, Rodgers berasakan Celtic terlalu menghormati lawan, terutama sekali pada babak pertama.

"Kami mampu bermain dengan lebih cemerlang, Celtic terlalu pasif. Kami gagal memberikan tekanan dan membenarkan lawan untuk selesa menguasai permainan," katanya.

"Bersambung selepas rehat, kami bermain dengan baik, namun tetap bolos kerana kualiti yang dimiliki lawan, yang ternyata berada dalam kelas tersendiri.

"PSG memiliki skuad yang sangat bagus tetapi saya berbangga dengan usaha yang dipamerkan oleh pemain-pemain.

"Kekalahan ini, satu pengajaran buat kami. Kami perlu mengambil keputusan ini sebagai langkah untuk memperbaiki pasukan bagi menghadapi perlawanan akan datang."