Usaha Sabah untuk menamatkan kehampaan menemui kegagalan apabila meratapi kekalahan 3-0 kepada Penang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas sebentar tadi.

Anselmo Arudda da Silva atau lebih popular dengan panggilan Casagrande membuka jaringan buat pelawat menerusi tandukkan yang menewaskan penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim pada minit ke-37.

Ketinggalan dengan satu jaringan, skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto yang berusaha mencari jaringan penyamaan dihukum dua jaringan daripada Penang, masing-masing menerusi Casagrande dan Sheriddin Boboev.

Kekalahan ini menyaksikan Sabah sekali lagi gagal menamatkan badi kekalahan di gelanggang sendiri sejak pusingan kedua Liga Super bermula bulan lalu.



Keputusan lain

MELAKA UNITED 1 UITM 1