Pendatang baru Liga Super, Penang FC, memiliki peluang cerah untuk sekali lagi mencetak kejutan ke atas pasukan gergasi dengan tumpuan terarah kepada Terengganu FC.

Namun, merujuk kepada barisan pemain utama yang dibelenggu kecederaan, kepakaran Tomas Trucha kembali ditagih untuk aksi terakhir pusingan pertama musim ini di tempat lawan, Sabtu ini.

Selepas membelasah Sri Pahang 3-0 Sabtu lalu, potensi Penang untuk merebut kedudukan tiga terbaik liga semakin cerah dengan syarat memungut mata penuh.

Jika percaturannya berhasil, maka anak buahnya akan semakin selesa dengan gelaran sebagai pembunuh gergasi.

"Kami akan menghadapi salah sebuah pasukan hebat dalam Liga Super.

"Terengganu dalam keadaan baik, malah mempunyai jurulatih yang bagus.

"Kami akan berusaha tetapi jelas sekali Terengganu merupakan pasukan pilihan," katanya.


Kekal fokus untuk perlawanan seterusnya ! ? ?⚪️?

Posted by Penang Football Club on Monday, April 26, 2021


Begitupun, ia bukan perkara mudah kerana skuadnya apabila hampir separuh pemain utama dilanda kecederaan dan tambah menyulitkan apabila tonggak utama, Khairu Azrin Khazali, tidak dapat diturunkan, sekali gus mendorong Trucha untuk membuat rombakan.

"Saya tidak terlalu memikirkan soal kecederaan, begitu juga dengan perlawanan sebelum ini.

"Ada anak buah saya yang serba boleh yang mampu diturunkan di mana-mana posisi."