Penghujung penuh dramatik menyaksikan Paris Saint-Germain gagal melakar kemenangan ke atas RB Leipzig ketika mereka seri 2-2 di Red Bull Arena sekaligus kehilangan tempat di puncak Kumpulan A Liga Juara-Juara.

Berikutan penilaian VAR dalam masa kecederaan, pengadil perlawanan, Andreas Ekberg, memberikan sepakan penalti buat Leipzig selepas Presnel Kimpembe menjatuhkan Christopher Nkunku dan Dominik Szoboszlai tenang menyempurnakan jaringan.

PSG tanpa Lionel Messi selepas dia mengalami kecederaan hujung minggu lalu tetapi kelihatan memperoleh kemenangan hasil dua jaringan daripada Georginio Wijnaldum, namun skuad kendalian Mauricio Pochettino ketinggalan menerusi tandukan Nkunku sementara Donnarumma menafikan percubaan penalti daripada Andre Silva.


Keputusan seri menyaksikan PSG kini di belakang behind Manchester City, yang melakar kemenangan 4-1 ke atas Club Brugge sekaligus tertutup peluang buat Leipzig mara ke peringkat seterusnya.