Pemenang Piala Dunia, Schurrle, bersara pada usia 29 tahun

Muzaffar Musa
Julai 18, 2020 00:11 MYT
Pemenang Piala Dunia, Andre Schurrle, mengesahkan persaraannya pada usia 29 tahun semalam.
Terdahulu, kontrak penyerang itu bersama Borussia Dortmund ditamatkan setahun lebih awal selepas melakukan 33 penampilan sepanjang dua musim bersama kelab itu sebelum melewati tempoh pinjaman di Fulham dan Spartak Moscow.
Kini, dia mengumumkan pengundurannya daripada sukan itu.
Di samping satu gambar di mana dia menjulang Piala Dunia bersama Jerman pada 2014, Schurrle menulis: "Saya mahu anda tahu bahawa saya sudah mengundurkan diri daripada bola sepak profesional.
"Bagi pihak diri dan keluarga, saya mahu berterima kasih kepada semua yang menjadi sebahagian daripada tahun-tahun fenomena ini! Sokongan dan kasih yang anda kongsikan bersama saya adalah luar biasa dan lebih daripada apa yang saya perlukan.
"Kini, saya bersedia dan terbuka untuk sebarang kemungkinan yang akan datang kepada saya," katanya.
Schurrle bertanggungjawab melakukan hantaran yang ditanduk masuk Mario Gotze dalam masa tambahan final Piala Dunia 2014, di mana Jerman menewaskan Argentina.
Dia melakukan 57 penampilan bersama skuad kebangsaannya, menjaringkan 22 gol dan pernah mewakili Bayer Leverkusen, Chelsea, dan Wolfsburg sebelum menyertai Borussia Dortmund.