Pemain muda Brazil, Vinicius Junior, memberikan penyokong Real Madrid sedikit gambaran apakah yang bakal menanti kelab itu pada masa akan datang selepas meledak gol profesional sulung buat Flamengo.

Vinicius bakal menyertai Real Madrid pada 2019 selepas menandatangani kontrak bernilai GBP40 juta (RM222 juta), Mei lalu.

Pemain berusia 17 tahun itu tidak dibenarkan menyertai Madrid sehingga umurnya mencecah 18 tahun, tahun depan, namun skuad kendalian Zinedine Zidane mahu pemain itu kekal di Flamengo sehingga Julai 2019 melainkan kedua-dua pasukan mencapai persetujuan baru.

Buat masa ini, Real Madrid boleh menjangkakan apa yang bakal mereka peroleh selepas pemain itu membantu Flamengo membelasah Palestino 5-0 dalam aksi kedua Copa Sundamerica, pagi tadi.

{^widget|(videourl)https%3a%2f%2fwww.youtube.com%2fwatch%3fv%3dJMCAbWe58PA|(name)YouTubeVideo|(autoplay)False|(widget_displayname)YouTube+video|(width)425|(height)355^}

"Saya gembira kerana berjaya melakar nama selaku penjaring tetapi selepas ini saya perlu kembali bekerja keras untuk perlawanan seterusnya," katanya selepas ditemu bual Fox Sports Brasil.

"Saya akan meraikan gol ini mungkin dengan makan di luar. Tetapi esok saya perlu kembali berlatih."

Vinicius hanya membuat penampilan sulung Mei lalu sebelum dilamar Real Madrid.