Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, menolak sebarang keraguan terhadap masa depan Ernesto Valverde dan mendesak barisan pemain gergasi LaLiga itu agar gembira dengan jurulatih tersebut.

Walaupun memimpin Barca menjulang Copa del Rey dan hampir pasti meraih gelaran LaLiga, Valverde dilaporkan sedang mempertimbangkan masa depannya.

Bagaimanapun, Bartomeu menegaskan kelab itu gembira dengan jurulatih berkenaan biarpun mereka terkandas di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara kepada AS Roma.

"Ia berita palsu, kami sangat gembira dengannya," katanya kepada El Larguero.

"Ini projeknya, kami tidak membincangkannya. Seseorang akan bercakap mengenainya tetapi bukanlah ahli lembaga pengarah atau kelab.

"Tiada keraguan terhadap Valverde, bahkan selepas (tragedi) di Rom. Untuk pulih daripada kekalahan, kejayaannya sudah tentu diperlukan," tambahnya.

Barca kini menerajui LaLiga dengan 11 mata menjelang lawatan ke Deportivo La Coruna pada Ahad ini, dengan keputusan seri sudah memadai untuk mereka mengesahkan kejuaraan.