Ketiadaan Romelu Lukaku dan Timo Werner dalam skuad Chelsea akibat dari kecederaan langsung tiidak menjejaskan pretasi skuad Chelsea bimbingan Thomas Tuchel itu, sebaliknya ia menunjukkan permainan yang lebih bertenaga dan tersusun.

Kemenangan besar ke atas Norwich City telah membuktikan bahawa ramai pemain-pemain Chelsea mampu memgalas tugas sebagai penyudah sekiranya pemain-pemain utama tidak dapat diturunkan. Sudah tentu sitiuasi ini amat melegakan Tuchel bagi menghadapai saingan liga yang panjang dan padat jadualnya.

Ini boleh di lihat dari segi prestasi yang dipamirkan oleh pemain-pemain yang diturunkan sebagai kesebelasan utama seperti Hudson Odoi, Masson Mount dan Kai Havertz. Pemain-pemain muda ini telah menunjukkan satu kombinasi yang baik di bahagian serangan selain menunjukkan satu persefahaman yang konsisten sepanjang perlawanan bersama pemain-pemain lain dan ini akan memberi kelebihan kepada Tuchel untuk memvariasikan formasi dan taktikalnya berdasarkan kualiti pemain-pemain yang sedia ada bagi memerangkap lawan.

Kelebihan Chelsea itu juga merupakan aset penting untuk Tuchel merancang masa depan pasukannya itu dan ini akan menambahkan lagi sengat Chelsea untuk terus memburu kejuaraan musim ini. Berdasarkan prestasi terkini itu tidak mustahil untuk Chelsea menjadi pasukan pilihan muncul juara musim ini sekiranya pemain-pemain mereka terus menggekalkan prestasinya dan terus fokus dengan apa yang telah di rancang Tuchel. Sementara itu sokongan daripada pemain-pemain senior juga amat memberansangkan dan ini menambahkan lagi kekuatan Chelsea sebenarnya.

Keharmonian serta semangat berpasukan yang jitu dalam pasukan Chelsea itu juga membuatkan mereka berada pada kedudukan teratas liga pada ketika ini. Situasi itu perlu dikekalkan oleh pemain-pemain Chelsea dan peranan itu perlu dimainkan Tuchel untuk mengurus emosi dan keharmonian di dalam pasukan Chelsea. Sementara itu kepada pemain-pemain muda Chelsea pula sudah pasti akan terus bekerja keras untuk memberi saingan yang sihat kepada pemain-pemain senior untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama dan akan membuatkan Chelsea terus membina kekuatan tersendiri dalam mengapai impian kelab mereka.