Pemain muda Barcelona Ansu Fati perlu jalani pembedahan lutut

Muzaffar Musa
November 9, 2020 04:53 MYT
Ansu Fati perlu menjalani pembedahan selepas koyak meniscus ketika Barcelona mencatatkan kemenangan 5-2 ke atas Real Betis, Jumaat lalu.
Penyerang muda itu dikeluarkan pada separuh masa di Camp Nou sebelum Barca mengesahkan dia mengalami kecederaan lutut kiri.
Fati akan menjalani pembedahan esok dan Barca akan memaklumkan mengenai tempoh rehatnya selepas pembedahan itu.
Dalam satu kenyataan, kelab itu berkata: "Pemain pasukan utama, Ansu Fati, akan menjalani pembedahan Isnin ini (esok), kerana kecederaan meniscus di lutut kirinya, oleh Dr. Ramon Cugat di bawah pemantauan pasukan perubatan kelab.
"Selepas proses itu selesai, satu makluman lanjut akan dikeluarkan mengenai keputusannya dan jangkaan tempoh rehatnya."

LATEST NEWS❗@ANSUFATI will be operated on this Monday ➕ INFO ? https://t.co/paB16oEvUG pic.twitter.com/1PLXCYGPjY

— FC Barcelona (@FCBarcelona) November 8, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Fati merupakan penjaring terbanyak Barca dalam LaLiga musim ini selepas menjaringkan empat gol daripada tujuh perlawanan dan turut menemui sasaran ketika pasukannya membelasah Ferencvaros 5-1 dalam Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.
Terdahulu, dia turut mendapat panggilan untuk memperkuatkan skuad Sepanyol bagi menghadapi perlawanan menentang Belanda, Switzerland dan Jerman bulan ini.
#Barcelona #LaLiga #Sepanyol #Ansu Fati