Pemain Manchester United paling banyak jadi mangsa buli siber

Shaiful Shamsudin
Ogos 3, 2022 02:39 MYT
Kajian Ofcom menjelang musim baharu mendapati tujuh daripada 10 pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi mangsa buli di Twitter.
Kajian itu juga mendedahkan bahawa 362 ciapan yang mengandungi teks melampau ditujukan kepada pemain EPL setiap hari dan lapan daripada 10 pemain EPL paling kerap menjadi mangsa di atas talian musim lalu adalah Manchester United.
Separuh daripada ciapan berbentuk penghinaan itu terarah kepada 12 pemain dengan pemain United, Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire, menerima paling banyak kecewa.
Antara nama lain dalam 10 teratas itu termasuk Bruno Fernandes, Fred, David de Gea, Marcus Rashford, Paul Pogba, Jesse Lingard, Harry Kane dan Jack Grealish.

▶️ We caught up with @GaryLineker at our #CrossingTheLine event today, to find out what he thinks could be done to tackle the problem of online abuse in the national game. pic.twitter.com/3L1f1owjtk

— Ofcom (@Ofcom) August 2, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam laporan itu, Pengarah Kumpulan Penyiaran dan Kandungan Dalam Talian Ofcom, Kevin Bakhurst, berkata: "Bola sepak ialah permainan emosi yang tinggi, kebanggaan dan rasa memiliki.
"Kadang-kadang emosi itu boleh melampaui batas. Selama bertahun-tahun, bola sepak telah mencapai kemajuan besar dalam menangani tingkah laku yang tidak boleh diterima oleh sebahagian minoriti yang boleh merosakkan sukan untuk orang lain.
"Penderaan seperti ini tidak mempunyai tempat dalam sukan, apatah lagi dalam masyarakat.
"Laporan ini akan membantu kami memahami permasalahan seperti ini bagi memastikan firma teknologi seperti kami yang bertanggungjawab dan akhirnya mewujudkan kehidupan yang lebih selamat di atas talian."
#Manchester United #EPL #Liga Perdana Inggeris