Lazio melengkapkan perpindahan Pedro daripada pasukan seteru setempat, AS Roma.

Bekas pemain saya Sepanyol itu akan kekal di Eternal City dalam era baru Lazio di bawah kendalian Maurizio Sarri.

Lazio, bagaimanapun, tidak mendedahkan perincian pembelian itu, sama ada daripada segi jumlah bayaran mahupun tempoh kontrak berkenaan.

Pemain berusia 34 tahun itu tidak berada dalam perancangan pengurus baru Roma, Jose Mourinho, dan kini akan kembali bekerjasama dengan Sarri selepas pernah melakukannya ketika di Chelsea sebelum ini.

Pedro diberikan jersi nombor 9 selepas lulus ujian kesihatan semalam.

Lazio akan berkunjung ke laman Empoli hujung minggu ini bagi memulakan saingan Serie A musim 2021-22.