PDRM FA mencetak tiga mata pertama Liga Perdana sejak musim lalu apabila menumpas pasukan remaja, Skuad Projek FAM-MSN 3-1 di Stadium UiTM, malam tadi.

Kelegaan jelas tergambar pada wajah jurulatih The Cops, Mat Zan Mat Aris sebaik barisan tonggaknya berjaya mendominasi permainan seawal minit pertama menerusi jaringan pembukaan Amirul Waie Yaacob.

"Kami bukan menghadapi pasukan lemah berdasarkan teknik dan permainan mereka. Bukan mudah untuk kalahkan mereka.

"Gol awal itu melemahkan pemain-pemain muda, kami dapat menjaringkan tiga gol.

"Ia meletakkan kami dalam keadaan bukanlah selesa, tapi ia boleh menjadi modal bagi kami," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.


Muhammad Amirul Wa'ie Ya'acob, ?????????? ??? ??? ????? #PDRMFC #OfficialPDRMFC #TheCops #SangSakaBiru #TopGlove #redONEnetwork #OrenSport #Hertz #BioLux #BlackBixon

Posted by PDRM Football Club on Wednesday, March 17, 2021


PDRM ternyata sukar digugat barisan kendalian Yusry Che Lah lalu memaksa pengendali kelahiran Perlis itu membuat rombakan dalam babak kedua.

Jadual padat selain kehilangan tujuh pemain yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Yusri bagaimanapun tidak menjangka gawang mereka bolos awal.

"Kami terpaksa menerima hakikat bahawa kami sering kali dibolosi pada penghujung permainan dalam tiga perlawanan terdahulu.

"Tetapi kali ini kami dibolosi pula pada awal minit.

"Berdepan pasukan yang dibarisi pemain import, kami tetap berusaha.

"Pujian kepada pemain kerana mereka tetap berjuang dengan saya membuat empat pertukaran," katanya.