Dimitri Payet digantung empat perlawanan selepas menghina pengadil ketika perlawanan Ligue 1 di antara Marseille dan Montpellier.

Pemain kebangsaan Perancis itu telah digantung satu perlawanan tetapi tidak akan dapat diturunkan berdepan Rennes, Amiens dan Strasbourg -- perkara itu telah disahkan oleh Liga Profesional Perancis.

Payet dilayangkan kad kuning selepas melakukan kekasaran ke atas pemain Montpellier, Hilton, dan bertindak berang ke atas pengadil, Amaury Delerue, yang melayangkan kad kuning kedua.

Pemain berusia 32 tahun itu, yang telah meledak dua gol Ligue 1 musim ini, akan kembali berdepan Paris Saint-Germain di Parc des Princes penghujung bulan depan (27 Oktober).

Tiga kad merah dilayangkan dalam perlawanan tersebut dan pertahanan Marseille, Boubacar Kamara, digantung dua perlawanan.

Jordan Ferri turut diarah keluar padang selepas bertelingkah dengan Kamara pada penghujung permainan dan pemain tengah itu digantung tiga perlawanan.

Marseille turut tanpa khidmat Kevin Strootman bagi perlawanan berdepan Amiens disebabkan pengumpulan kad kuning.