Paulo Dybala kembali cergas menjelang pertembungan Juventus dengan juara bertahan Serie A, Inter, yang amat dinanti-nantikan awal pagi Isnin ini.

Pemain antarabangsa Argentina itu terlepas empat perlawanan terakhir buat Bianconeri selepas mengalami kecederaan otot ketika menentang Sampdoria pada akhir bulan lalu.

Namun, dia kembali berlatih bersama kumpulan pemain utama dan dijangka sedia dipertaruhkan dalam 'Derby d'Italia' di San Siro, hujung minggu ini.



Walaupun diketepikan, Dybala masih penjaring terbanyak bersama Juve musim ini dengan tiga gol daripada enam penampilan.

Kontrak berusia 27 tahun itu akan berakhir pada hujung musim ini, tetapi dia dilaporkan hampir memuktamadkan perjanjian baru bersama kelab.

Juventus berada di tangga ketujuh Serie A selepas mengumpulkan 14 mata daripada lapan perlawanan, tetapi mereka akan melonjak sebaris dengan seteru mereka itu yang menduduki di tempat ketiga sekiranya menghasilkan keputusan memberangsangkan dalam pertemuan berkenaan