Bekas penyerang Chelsea dan AC Milan, Alexandre Pato, menjadi pemain terbaru membuat perpindahan ke China, dengan menyertai Tianjin Quanjian.

Pato, 27, bertukar arah selepas satu tempoh singkat di Villarreal, di mana dia menjaringkan enam gol dalam 24 perlawanan dalam pelbagai pertandingan.

Bekas pemain antarabangsa Brazil itu menyertai Tianjin -- mara ke Liga Super China untuk musim 2017-- yang dilatih oleh legenda Itali, Fabio Cannavaro.

Dia akan bergandingan dengan pemain tengah Belgium, Axel Witsel, dan rakan sepasukan Brazil, Geuvanio, di kelab itu.

"Saya amat gembira kerana menjadi sebahagian keluarga baru Tianjin Quanjian," kata Pato menerusi laman Tweeter.

Pato mencipta nama di Inter Milan dan AC Milan sebelum kecederaan menjejaskan kariernya. Selepas itu, dia berhijrah ke Corinthians diikuti Sao Paulo dan Chelsea secara pinjaman.

Dia mengikut jejak Oscar dan Hulk (Shanghai SIPG), Carlos Tevez (Shanghai Shenhua), Ramires (Jiangsu Suning) dan Graziano Pelle (Shandong Luneng) untuk berhijrah ke China.