Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, bakal membuat penampilan semula bersama Portugal selepas dinamakan dalam skuad tersebut untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia yang akan datang.

Ronaldo telah membuat kemunculan semula daripada kecederaan lutut di peringkat kelab, dan telah disenaraikan oleh Fernando Santos untuk pertemuan menentang Andorra dan Kepulauan Faroe.

Tanpa kapten mereka, juara Eropah itu menewaskan Gibraltar tetapi tewas ketika perlawanan pembukaan kelayakan menentang Switzerland.

"Pasukan akan menjadi lebih kuat dengan kehadiran Cristiano Ronaldo," kata Santos.

"Ia lebih kuat, terutamanya kerana pemain lain mempunyai lebih masa permainan, lebih kerja, lebih banyak latihan.

"Itu merupakan salah satu masalah dalam perlawanan kelayakan pertama dengan Switzerland."

Penyerang Sporting CP, Gelson Martins, yang dilaporkan menjadi sasaran perpindahan ke Real Madrid dan Manchester United, bakal mendapat penampilan pertamanya.

Portugal menjadi tuan rumah kepada Andorra di Aveiro pada 7 Oktober sebelum terbang ke Kepulauan Faroe tiga hari kemudian.


Senarai penuh pasukan Portugal:

Penjaga gol: Anthony Lopes (Lyon), Marafona (SC Braga), Rui Patricio (Sporting CP).

Pertahanan: Bruno Alves (Cagliari), Antunes (Dynamo Kiev), Joao Cancelo (Valencia), Jose Fonte (Southampton), Raphael Guerreiro (Borussia Dortmund), Pepe (Real Madrid), Cedric Soares (Southampton).

Pemain tengah: William Carvalho (Sporting CP), Andre Gomes (Barcelona), Joao Mario (Inter), Joao Moutinho (Monaco), Danilo Pereira (Porto), Renato Sanches (Bayern Munich), Adrien Silva (Sporting CP).

Penyerang: Eder (Lille), Gelson Martins (Sporting CP), Nani (Valencia), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Andre Silva (Porto), Bernardo Silva (Monaco), Ricardo Quaresma (Besiktas).