Partey akan jalani imbasan disyaki cedera pinggul

Muzaffar Musa
November 9, 2020 01:15 MYT
Pemain tengah Arsenal, Thomas Partey, akan menjalani imbasan selepas disyaki mengalami kecederaan pinggul, sekali gus berkemungkinan besar tidak dapat mewakili Ghana dalam tugasan antarabangsa.
Partey dikeluarkan pada separuh masa ketika Arsenal dikejutkan dengan kekalahan 0-3 kepada Aston Villa dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Pemain berusia 27 tahun itu melakukan 36 hantaran dalam babak pertama dengan ketepatan 80.6 peratus dan menghasilkan satu percubaan tepat -- satu daripada dua percubaan tepat Arsenal sepanjang perlawanan itu.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, mengesahkan bahawa keputusannya untuk mengeluarkan Partey, yang menyertai Arsenal dalam jendela perpindahan lalu, adalah disebabkan kecederaan dan bukannya taktikal.
Partey dilihat memegang pinggul kirinya sebelum waktu rehat dan digantikan dengan Dani Ceballos.

9 - Arsenal have scored just nine goals in eight Premier League games this season; their fewest at this stage of a league campaign since 1998-99 (also nine). Impotent. pic.twitter.com/G4BZYqajgV

— OptaJoe (@OptaJoe) November 8, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain itu sepatutnya menyertai Ghana dalam dua perlawanan pusingan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika menentang Sudan pada 12 dan 17 November ini.
"Kami tidak tahu (secara terperinci) mengenainya," kata Arteta dalam sidang media selepas perlawanan.
"Kami perlu melakukan imbasan ke atasnya Isnin ini atau sehari selepas itu untuk melihat apa yang dia rasakan. Ayuh tunggu dan melihat bagaimana magnitud kecederaannya.
"Saya tidak tahu (sama ada dia akan menyertai skuad Ghana). Seperti yang saya katakan, doktor akan melihat keadaannya dan mungkin akan mengimbasnya.
"Kemudian kami akan membuat keputusan mengenainya," katanya.
#Arsenal #Ghana #Aston Villa #Liga Perdana Inggeris #Piala Negara-negara Afrika