Paderborn tersingkir daripada Bundesliga

Muzaffar Musa
Jun 17, 2020 03:01 MYT
Pederborn sah tersingkir daripada Bundesliga selepas tewas 0-1 kepada Union Berlin di laman lawan itu awal pagi tadi.
Pasukan di tangga tercorot itu hanya memperoleh empat kemenangan sepanjang musim ini dan peluang mereka dalam baki dua perlawanan terakhir sudah tertutup sebaik Ben Zolinski menjaringkan gol tunggal perlawanan dalam babak pertama.
Ia merupakan kali kedua Paderborn beraksi dalam saingan divisyen utama itu dan berakhir dengan nasib sama yang dialami dalam musim 2014-15.
Union turut bergelut di kelompok bawahan sebelum kemenangan penting di Cologne, Sabtu lalu membolehkan mereka berkelebihan 10 mata mengatasi Fortuna Dusseldorf di zon playoff penyingkiran.
Tempat Paderborn dalam liga utama itu akan diambil alih Arminia Bielefeld, yang mengesahkan kelayakan selaku peneraju 2. Bundesliga.

? Bayern triumph in Bremen ?️ Freiburg keep Europe in their sights ✅ Safety for Union #BundesligaMD32 pic.twitter.com/yDK4epFG70

— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) June 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Union Berlin #Paderborn #Bundesliga