Ozil nafi kembali wakili Jerman selepas sertai Fenerbahce

Muzaffar Musa
Januari 28, 2021 05:38 MYT
Mesut Ozil menafikan bahawa dia akan keluar daripada persaraan peringkat antarabangsa selepas melengkapkan perpindahan impiannya ke Fenerbahce.
Pemain tengah itu menyertai pasukan gergasi Istanbul berkenaan pada Ahad lalu selepas tujuh setengah tahun bersama Arsenal.
Perancang berusia 32 tahun itu menjadi pemain yang tidak diperlukan di kelab London itu dan mencapai persetujuan untuk menamatkan kontraknya -- yang sepatutnya tamat pada hujung musim ini -- lebih awal.
Ozil gembira untuk menghidupkan kembali kariernya di kelab Super Lig itu tetapi tidak berminat untuk melakukan penampilan semula bersama skuad kebangsaan Jerman selepas mengumumkan persaraannya pada 2018.
Dia berkata dalam sidang media: "Apabila saya melalui satu perjalanan, saya tidak pernah berpatah balik. Jadi, saya tidak akan lagi bermain untuk pasukan kebangsaam Jerman. Saya mendoakan kejayaan mereka."

Mesut Özil! ?? #FenerSignMesut pic.twitter.com/vkZpHRGcoW

— Fenerbahçe SK (@Fenerbahce) January 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Mesut Ozil #Fenerbahce