Pertahanan Barcelona, ​​Oscar Mingueza, bakal terlepas kempen awal musim LaLiga 2021-22 gara-gara kecederaan yang dialami ketika bertugas dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 bersama Sepanyol.

Pemain berusia 22 tahun itu tampil tiga kali buat finalis itu di Jepun, termasuk aksi kemenangan suku akhir menentang Ivory Coast ketika dilanda masalah hamstring.

Mingueza menjalani pemeriksaan di pusat perubatan Barcelona dan semalam disahkan dia akan akan dipinggirkan buat sementara waktu.

Barcelona tidak menawarkan jangka waktu untuk pemulihan Minguezanya tetapi laporan di Sepanyol mengatakan dia hampir pasti direhatkan sekitar dua minggu.

Produk akademi Barca itu membuat 39 penampilan di peringkat kelab musim lalu, 27 darinya dalam LaLiga yan menyaksikan gergasi Catalan itu mengakhiri saingan di belakang Atletico Madrid dan Real Madrid.

Mingueza memenangi lebih banyak perlawanan dalam setiap 90 minit (1.56) berbanding mana-mana rakan sepasukan kelabnya yang lain sepanjang liga pada 2020-21.





Ia merupakan tamparan terbaru buat Ronald Koeman yang harus menangani perpindahan mengejut Lionel Messi sementara semalam, penyerang baru, Sergio Aguero, dilaporkan akan tersisih selama 10 minggu akibat kecederaan betis.

Barcelona akan memulakan era pasca-Messi dengan menjadi tuan rumah ketika menentang Real Sociedad, awal pagi Isnin depan, sebelum melakukan perjalanan ke Athletic Bilbao pada hujung minggu berikutnya.