Bintang Bayern Munich, Thomas Muller, melahirkan sokongannya terhadap Video Bantuan Pengadil (VAR) yang mungkin dilaksanakan dalam Piala Dunia akan datang.

Teknologi itu dijangka diluluskan untuk Russia 2018 dalam mesyuarat Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) di Bogota, Colombia, Jumaat ini.

Muller, yang mengumpul 10 gol daripada dua edisi Piala Dunia, sudah biasa dengan sistem VAR dalam Bundesliga, di mana ia mendapat penilaian bercampur-baur.

Walaupun pengkritik mengatakan VAR gagal untuk memberi penjelasan terhadap situasi di kawasan kabur, Muller percaya sistem itu masih belum sempurna.

"Bayangkan jika setiap keputusan tidak dapat dipertikaikan. Apa fungsi VAR kalau masih bergaduh? Perbincangan VAR masih terus berjalan," kata Muller kepada Omnisport.

"Tidak semua orang berpihak kepada VAR, sesetengahnya menentang prinsip kerana mereka adalah golongan tradisional.

"Pada masa yang sama, mereka juga mungkin mengatakan Bundesliga tidak menarik. Orang suka mengadu.

"Saya sudah tentu berpihak kepada VAR. Saya dapati ia menjadi alat yang baik untuk pengadil."

Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin, mengesahkan VAR tidak akan digunakan dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.