Onana penuhi impian sertai Inter

Ammar Hakim
Julai 1, 2022 20:56 MYT
Andre Onana telah memenuhi impian selepas menamatkan perpindahannya ke Inter.
Inter mengesahkan menandatangani pemain antarabangsa Cameroon itu pada hari Jumaat, sehari selepas kontraknya dengan Ajax - di mana dia menghabiskan enam tahun lalu - berakhir.
Naib juara Serie A musim lalu tidak mengumumkan tempoh kontrak Onana, tetapi ia dilaporkan akan berakhir sehingga akhir kempen 2026-27.
Onana menjadi pemain keempat Inter di jendela itu, dengan Henrikh Mkhitaryan, Kristjan Asllani dan Romelu Lukaku juga tiba, dua yang terakhir secara pinjaman.
"Impian menjadi kenyataan," tulis Onana di laman Twitter rasminya. "Sangat teruja untuk menyertai kelab baharu saya, Inter.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada presiden, seluruh lembaga Inter, jurulatih dan pasukan saya sendiri kerana merealisasikan impian saya."

I sogni diventano realtà. Sono entusiasta di entrare a far parte del mio nuovo club, @Inter! Voglio ringraziare il presidente, l'intero consiglio di amministrazione dell'Inter, l'allenatore e la mia squadra per aver reso il mio sogno realtà. #ForzaInter ?? pic.twitter.com/girOFMvO3g

— Andre Onana (@AndreyOnana) July 1, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Onana, yang menjalani penggantungan selama sembilan bulan tahun lalu selepas mengambil bahan terlarang, akan memberikan saingan untuk Samir Handanovic di San Siro.
Dia menjadi pemain Cameroon keempat bermain untuk Inter selepas Samuel Eto'o, Daniel Maa Boumsong dan Pierre Wome, dan penjaga gol Afrika pertama mereka.
#Internazionale #Ajax #football #Serie A #Eredivisie #Andre Onana