Olimpik Tokyo: Sweden lebur rekod 44 perlawanan tanpa kalah AS

Ammar Hakim
Julai 21, 2021 22:54 MYT
Amerika Syarikat bermula langkah kiri di Tokyo selepas mereka tewas 3-0 kepada Sweden sekaligus menamatkan rekod 44 perlawanan tanpa kalah, sementara Brazil menikmati aksi cemerlang apabila meraih kemenangan 5-0 ke atas China dalam Sukan Olimpik.
AS hadir ke temasya berprestij itu selaku pilihan untuk meraih pingat emas, tetapi Sweden menawarkan permulaan pahit buat juara dunia itu. Mereka tidak tewas sejak 2019 namun ia ditamatkan dalam aksi pembukaan Kumpulan G.
Dua gol dihasilkan Stina Blackstenius dan satu daripada Lina Hurtig memastikan kekalahan AS dilihat sebagai pasukan berhak menang dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tokyo.
Ketika AS bergelut, Brazil menawarkan petanda awal apabila jaringan pembukaan Marta menyaksikan dia selaku pemain pertama untuk meledak gol dalam lima edisi Sukan Olimpik, sementara pemain berusia 35 tahun itu kini di tangga kedua selaku penjaring terbanyak dalam saingan Olimpik.
Kemenangan 5-0 ke atas China menyaksikan mereka turut melaung amaran awal dalam usaha mengejar pingat emas dalam Sukan Olimpik kali ini.

? Rainha ? Marta becomes the first player to score at five Women's #OlympicFootball Tournaments ??@CBF_Futebol | @SelecaoFeminina | @Tokyo2020 | #Tokyo2020 pic.twitter.com/jQ2kejhYAp

— FIFA Women's World Cup (@FIFAWWC) July 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Brazil #Sweden #China #Amerika Syarikat #Sukan Olimpik