Sweden menamatkan rekod 44 perlawanan tanpa kalah Amerika Syarikat dengan kemenangan 3-0 dalam aksi peringkat kumpulan Sukan Olimpik semalam dan Megan Rapinoe memuji salah satu pasukan terbaik Eropah itu.

Dua jaringan Stina Blackstenius dan satu daripada Lina Hurtig cukup buat Sweden merakamkan kemenangan bergaya ke atas pilihan utama itu.

Juara dunia itu menikmati dua tahun tanpa kalah sebelum aksi pembukaan Kumpulan G tetapi perlu bangkit jika mahu meneruskan kejayaan Perancis 2019 dengan pingat emas Olimpik.

Rapinoe ditemui sukar untuk mempertahankan persembahan AS ketika memberikan pujian atas persembahan Sweden.

"Kami tidak memainkan permainan yang sangat bagus dan itu yang membezakan kami degan Sweden, mereka bermain dengan cemerlang," katanya.

"Ini adalah tahap tertinggi dan ini adalah pasukan terbaik dunia. Sweden adalah salah satu pasukan terbaik di Eropah dan dunia. Sekiranya kita tidak bermain dengan baik, kita tidak akan memenangi perlawanan ini.

"Kami mahu menjadi lebih baik, kami bermain lebih mantap namun kerap kali menghukum diri sendiri. Anda tidak boleh mengatakan satu perkara secara khusus.

"Saya tidak ingat kali terakhir kami memberikan gol kepada pasukan lawan, jadi memberikan tiga tidak bagus tetapi kami tahu apa yang perlu kami lakukan untuk memenangi perlawanan ini, keluar daripada peringkat kumpulan dan berusaha ke final."