Danel Sinani akan menyertai Norwich City daripada Dudelange pada penghujung musim ini, demikian diumumkan kelab yang sedang bergelut dalam Liga Perdana Inggeris itu.

Pemain kebangsaan Luxembourg itu mengikat kontrak tiga tahun bersama The Canaries, yang ketinggalan enam mata daripada zon selamat selepas 29 perlawanan dengan musim ini terpaksa ditunda berikutan pandemik Covid-19.

Pemain berusia 23 tahun itu telah menjaringkan 13 gol dalam dua musim Liga Europa termasuk jaringan berganda ke atas APOEL dan Sevilla di peringkat kumpulan musim 2019-20.

"Norwich kelab yang sangat besar dengan ramai pemain yang bagus," katanya dalam laman web rasmi pasukan itu.

"Saya akan mencuba yang terbaik dan harap-harap saya dapat terus menjaringkan gol dan membantu pasukan ini ke kedudukan yang lebih baik."

Pengurus Norwich, Daniel Farke, menambah: "Kami gembira kerana dapat menandatangani Danel. Dia seorang pemain muda yang berpotensi."