Norwich City sah turun liga

Muzaffar Musa
Mei 1, 2022 01:08 MYT
Norwich City sah tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 0-2 kepada Aston Villa dan Burnley pula menewaskan Watford lewat malam tadi.
The Canaries tewas mudah kepada bekas majikan pengurusnya, Dean Smith, manakala Burnley pula bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan satu lagi pasukan kelompok bawahan, Watford, 2-1. sekali gus menghantar pulang Norwich ke Liga Kejuaraan selepas memenanginya tahun lalu.
Norwich kini telah tersingkir daripada EPL sebanyak enam kali, rekod tertinggi berbanding pasukan lain dalam sejarah pasukan itu, di mana Smith dan bekas jurulatih, Daniel Farke, hanya dapat merakamkan lima kemenangan daripada 34 perlawanan liga musim ini.
Dalam pada itu, mereka turut tersingkir dalam empat kempen EPL terakhir (musim 2013-14, 2015-16, 2019-20, dan 2021-22) untuk menjadi pasukan kedua dalam sejarah bola sepak Inggeris melalui nasib itu selepas Crystal Palace (1992-93, 1994-95, 1997-98, 2004-05).
Burnley, dalam pada itu, perlu bersaing dengan Leeds United, Everton dan dalam kelompok bawahan liga untuk kekal dalam EPL musim depan.

4 - Norwich have been relegated in each of their last four Premier League seasons (13-14, 15-16, 19-20, 21-22); becoming the second side in English league history to suffer relegation in four consecutive top-flight seasons after Crystal Palace (92-93, 94-95, 97-98, 04-05). Yo-Yo. https://t.co/UhW8WXUMbC

— OptaJoe (@OptaJoe) April 30, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Burnley #Aston Villa #Norwich City #Liga Perdana Inggeris