Norwich City akan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas Daniel Farke dan pasukannya menjamin tiketnya sebelum mereka perlu turun ke padang.

Keputusan seri membabitkan Swansea City dan Brentford, yang menduduki tempat ketiga dan keempat bermakna laluan pendahulu Liga Kejuaraan itu untuk menguasai kedudukan dua teratas tidak lagi boleh disekat.

Swansea diikat 2-2 oleh Wycombe Wanderers di laman sendiri sementara Brentford bertemu Millwall berkesudahan tanpa gol.

Kekalahan 0-1 pasukan di tangga kedua, Watford, di Luton bermakna Norwich -- yang mengumpul 90 mata hasil 41 perlawanan -- tidak perlu bersusah payah ketika bertemu Bournemouth apabila tersungkur 1-3.

Hanya empat perlawanan tersisa selepas hujung minggu ini dengan peluang Canaries untuk dinobatkan sebagai juara cerah.

Pasukan bimbingan Farke itu tersingkir pada musim lalu apabila sekadar mengumpul 21 mata, tetapi kempen ini kali ini sama sekali berbeza buat mereka.