Jurulatih Selangor, Karsten Nietzel, menjelaskan berpuas hati apabila berjaya meraih keputusan seri dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Nietzel menegaskan tiada tempat kekal dalam kesebelasan utama selain rombakan pemain dalam setiap perlawanan tetap ada merujuk kepada keperluan menentang pasukan lawan.

Rombakan akan dilakukan Nietzel merujuk kepada kekuatan lawan seterusnya, Pulau Pinang yang dijaduakan berlangsung di Stadium MPBJ esok.

Apa yang melegakan pengendali itu, tiada kecederaan serius berlaku melibatkan pemain utamanya dan itu memberi kelebihan untuk dia memilih kesebelasan terbaik.

Daripada segi motivasi, Nietzel menafikan pemainnya hanya bermotivasi selepas mencuri mata di Stadium Sultan Ibrahim baru-baru ini.

Tegas Nietzel, barisan pemain Selangor sentiasa mempamerkan motivasi terbaik dalam setiap permainan sebelum ini.

Keupayaan anak buahnya menafikan tiga mata buat JDT adalah bonus tambahan memandangkan bukan mudah untuk jinakkan Harimau Selatan di laman sendiri.