Christophe Galtier dan Nice mengutuk sekeras-kerasnya ejekan penyokong mereka terhadap mendiang Emiliano Sala.

Bekas penyerang Nantes itu menemui ajal dalam nahas pesawat dari Perancis menuju ke United Kingdom selepas menandatangani kontrak dengan Cardiff City pada Januari 2019.

Sala merupakan seorang tokoh yang sangat popular di Nantes dan seteru penyokong kelab Ligue 1 itu mula bertindak melaungkan namanya selepas ditewaskan 0-1 dalam perlawanan akhir Coupe de France, minggu lalu.

Tetapi dalam perlawanan pertama sejak kekalahan itu, sebahagian penonton Nice melaungkan sorakan bertentuk penghinaan terhadap Sala dalam kemenangan 4-2 ke atas Saint-Etienne.

Justeru, pengurus tersebut terkejut dengan sorakan sedemikian hingga menarik perhatiannya dan kelab sejurus perlawanan.

"Saya tidak mempunyai perkataan untuk menerangkan apa yang saya dengar," kata Galtier.

"Salah satu reaksi pertama di bilik persalinan bahawa ia langsung tidak ditujukan kepada kami, satu bentuk sorakan gembira mahupun kelegaan.

"Bagi pihak bilik persalinan, kakitangan teknikal, bahagian perubatan saya dan pemain, kami ingin memohon maaf kepada keluarga Emiliano Sala dan FC Nantes."

Nice dalam satu kenyataan turut mengecam sekeras-kerasnya perbuatan penyokong sendiri di Allianz Riviera itu.