Neymar mengucapkan semoga berjaya buat Kylian Mbappe dan Ivan Rakitic dalam aksi final Piala Dunia, malam esok

Rakitic dan Mbappe akan berdepan di Moscow esok, dengan Croatia tampil dalam aksi final pertama mereka manakala Perancis mengintai gelaran pertama sejak 1998.

Bagi Neymar, yang tersingkir bersama Brazil di tangan Belgium, menghantark pesanan kepada bekas rakan sepasukan di Barcelona itu serta penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Mbappe, menerusi media sosial menjelang aksi final.

"Rakan-rakan saya, Mbappe dan Rakitic. Kami mengetahui betapa sukar untuk mara ke final. Sekarang bermainlah dengan baik dan menikmati perlawanan ini.

"Saya sangat gembira melihat reaksi penyokong daripada negara mereka. Perancis dan Croatia berhak mara ke final.

"Saya mengakui mahu turut beraksi dalam final tetapi ia tidak berlaku. Kami akan kembali di Qatar nanti.

"Tidak kira pasukan mana muncul juara, saya sangat berbangga buat anda berdua. Semoga berjaya!!"