Bekas pemain kebangsaan Argentina, Javier Zanetti, percaya Neymar hampir setaraf dengan pemenang Ballon d'Or, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Pemain kebangsaan Brazil itu merupakan pemain yang menyerlah dalam saingan Piala Dunia empat tahun lalu, bagaimanapun gagal beraksi dalam separuh akhir ketika ditewaskan Jerman 7-1.

Telah beraksi sebanyak 85 kali, Neymar menjadi perbualan utama tahun lalu selepas meninggalkan Barcelona untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dalam usaha untuk menempah kejayaan individu.

Ketika Messi dan Ronaldo masih dilihat sebagai pemain terbaik, Zanetti berasakan tahap permainan penyerang PSG itu tidak lagi jauh ketinggalan.

"Neymar seorang pemain yang kuat, berkualiti dan hampir seiring dengan Messi dan Ronaldo," katanya.

"Saya percaya Piala Dunia kali ini menjadi medan terbaik buatnya menempah kejayaan."

Brazil akan membuka saingan berdepan Switzerland pada Ahad ini sebelum melengkapkan saingan Kumpulan E menentang Costa Rica dan Serbia.