Manuel Neuer kesal selepas segala maklumat terperinci mengenai perbincangan kontrak bersama Bayern Munich didedahkan.

Pemain Jerman itu memiliki perjanjian dengan Bayern sehingga Jun 2021 tetapi kini tampak kecewa dengan perbincangan untuk melanjutkan tempoh itu.

Penjaga gol Schalke, Alexander Nubel, tiba secara percuma pada musim depan sekali gus menimbulkan spekulasi kelab Bavaria itu mula mempersiapkan diri tanpa Neuer.

Laporan minggu ini menyatakan Neuer meminta kontrak selama lima tahun bernilai EUR20 juta (RM95 juta) setahun tetapi dia menafikan dakwaan itu.

Bagaimanapun, dia lebih kecewa apabila maklumat itu didedahkan kepada khalayak ramai.

"Saya mahu terus bermain selagi cergas. Namun, apa yang penting adalah kepercayaan," katanya.

"Jelas sekali saya tidak berpijak di bumi nyata jika mahukan kontrak selama lima tahun. Saya sudah berusia 34 tahun dan tidak boleh dijangka apa berlaku apabila memasuki umur 39. Sebab itu dakwaan itu tidak logik.

"Saya mahukan satu kontrak yang memberikan kelebihan kepada kedua-dua belah pihak.

"Saya mahu tampilkan aksi terbaik, sentiasa ada untuk pasukan dan lakukan apa sahaja bagi memastikan kami meraih kejayaan maksimum dengan 100 peratus keinginan. Pilihan perlu tepat.

"Sebelum ini, segala perbualan sejak saya berada di sini, ia dipantau dengan penuh keyakinan.


"Namun, kini segalanya diperkatakan secara kerap oleh media dan kadangkala ia tidak benar. Saya tidak melaluinya di Bayern.

"Jika ia didedahkan, ia mungkin akan memberi kesan kepada istilah penghargaan."