NBA: Persefahaman antara pemain Nets berkembang dengan baik -- Durant

Ammar Hakim
Oktober 26, 2021 06:20 MYT
Kevin Durant percaya persefahaman antara rakan sepasukannya berkembang dengan baik ketika Brooklyn Nets memperbaiki rekod 2-2 musim ini dengan kemenangan 104-90 ke atas Washington Wizards.
Durant memimpin permainan dengan 25 mata dan lapan rebound dan empat assist buat Nets, sementara Patty Mills hadir daripada bangku simpanan mengumpul 21 mata dalam ketiadaan Kyrie Irving
Brooklyn bergantung sepenuhnya kepada Durant, yang menjadi penjaring terbanyak dalam keempat-empat perlawanan musim ini.
The Nets tersingkir dalam separuh akhir Eastern Conference kepada juara Milwaukee Bucks, dengan kecederaan dihadapi Durant, Harden dan Irving memainkan peranan di sebalik kekalahan mereka.
"Rasanya kami sentiasa mempunyai semangat serta tidak mementingkan diri dalam kalangan rakan sepasukan," kata Durant selepas perlawanan.
"Saya berasakan kami mula membentuk persefahaman yang baik, belajar serta saling memperbaiki permainan masing-masing. Ia merupakan satu langkah yang tepat bagi pasukan.
"Kemenangan ini amat baik buat pasukan, bagus buat semangat pasukan menghadapi aksi seterusnya. Kami mahu terus membentuk dan berkembang sebagai sepasukan.
"Ia musim yang panjang, masih di awal saingan dan kami akan terus mencari garapan terbaik."

? @KDTrey5 leading the squad with 25 points ? pic.twitter.com/KBYpp02ppP

— Brooklyn Nets (@BrooklynNets) October 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kevin Durant #Washington Wizards #NBA #Brooklyn Nets