The Phoenix Suns mendedahkan Dario Saric mengalami kecederaan ligamen lutut dalam Permainan 1 NBA Finals dan tidak beraksi sehingga tamat saingan.

Pemain kelahiran Croatia itu mengalami kecederaan lutut kanan dalam suku pertama ketika menang 118-105 ke atas Milwaukee Bucks, apabila berlaku pelanggaran pemain Bucks, Brook Lopez.

Saric tidak akan kembali ke gelanggang dan Suns tidak memberikan maklumat terkini mengenai keadaan pemain tersebut selepas tamat perlawanan.

Phoenix sejak itu mengesahkan Saric, terlepas baki saingan dengan kecederaan ACL.

"Ia merupakan situasi yang mengecewakan," kata jurulatih Suns, Monty Williams.

"Dario pemain yang telah saya latih bersama dua pasukan, ketika saya di Philly, dan berpeluang untuk berkerjasama dengannya. Seorang yang sentiasa berusaha sebaik mungkin dan sangat menantikan peluang beraksi dalam Finals.

"Apabila mengetahui kecederaan yang dialami, sukar untuk menerima perkhabaran itu."