NBA: Bintang Jazz, Gobert, dinamakan Pertahanan Terbaik Tahunan buat kali ketiga

Muzaffar Musa
Jun 10, 2021 05:35 MYT
Bintang Utah Jazz, Rudy Gobert, diundi sebagai Pertahanan Terbaik Tahunan NBA buat kali ketiga, demikian diumumkan liga berkenaan.
Pemain kelahiran Perancis itu meraih 84 undi tempat pertama daripada panel media global dan mudah mengatasi pemain Philedelphia 76ers, Ben Simmons.
Gobert sebelum ini pernah memenangi gelaran sama dalam musim 2017-18 dan 2018-19 untuk kini menjadi pemain keempat memenangi sekurang-kurangnya tiga gelaran tahunan itu selepas Dikembe Mutombo (empat), Ben Wallace (empat) dan Dwight Howard (tiga).
Rakan sepasukannya di Jazz memberikan kejutan dengan meletakkan trofi anugerah itu di atas tempat dudukanya di bilik persalinan dan mula bersorak apabila pemain itu memasuki ruangan berkenaan.

Rudy gets a surprise at his locker—his third DPOY trophy. Full episode drops on Utah Jazz YouTube tomorrow #JazzAllAccess | @VivintHome pic.twitter.com/hdYx2UjSXV

— utahjazz (@utahjazz) June 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gobert meraih 464 mata dalam undian itu manakala Simmons sekadar 287 mata dengan 15 undi tempat pertama.
Draymond Green daripada Golden State Warriors pula dengan 76 mata manakala pemain Miami Heat, Bam Adebayo, dengan 31 mata dan satu undi tempat pertama.
#NBA #Utah Jazz #Rudy Gobert #Bola Keranjang #Ben Simmons