Gianluca Scamacca mendedahkan Roberto Mancini menjadi individu yang mempengaruhi keputusannya meninggalkan Sassuolo untuk ke West Ham, dan ketua jurulatih Itali itu percaya penghijrahannya ke Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah terbaik demi perkembangannya kariernya.

Scamacca, yang turut dikaitkan dengan Paris Saint-Germain (PSG) pada awal jendela perpindahan, pada awal pagi tadi menandatangani kontrak lima tahun dengan pilihan tambahan 12 bulan di Stadium London.

West Ham dilaporkan bersetuju untuk melunaskan bayaran awal £30.5 juta (RM165.3j) ke atas penyerang tengah bernilai tinggi itu yang melakar 16 gol Serie A bersama Sassuolo musim lalu.

Tiga penggempur muda dalam kalangan pemain berusia 23 tahun yang lebih berbisa daripadanya dengan menjaringkan 15 atau lebih gol dalam lima teratas liga Eropah pada musim lalu terdiri adalah Erling Haaland (22 gol), Vinicius Junior (17) dan Dusan Vlahovic (24).

Prestasi Scamacca bersama Neroverdi melayakkannya membarisi skuad Azzuri apabila berperanan sebanyak tujuh kali sejak penampilan pertamanya tahun lalu.

Penyerang itu menjadi watak penting dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) menentang Jerman dan England pada bulan lalu tatkala Mancini berusaha membentuk semula serangan Itali berikutan kegagalan ke Piala Dunia Qatar.



Selepas berpindah ke timur London, Scamacca mendedahkan dia sempat membincangkan masa depannya dengan bekas pengurus Manchester City itu.

“Kami bercakap sebelum saya datang ke sini dan dia berkata ia adalah tempat terbaik buat saya,” katanya kepada laman sesawang West Ham.

"Dia mahu saya bermain dalam kejohanan yang akan membantu saya menjadi lebih baik dan bertambah baik memandangkan EPL adalah liga terbaik."

Scamacca mungkin membuat penampilan sulung apabila West Ham menentang bekas pasukan kendalian Mancini yang merupakan juara bertahan di Stadium London pada 7 Ogos depan.