Nasi lemak menu pilihan Noor Al-Rawabdeh di pagi raya

Saufi Tahir
April 9, 2024 06:06 MYT
Pemain sensasi Selangor, Faisal Halim, memilih Laksa Penang sebagai menu makanan utama di pagi raya memandangkan dia bakal pulang ke kampung halamanya di Pulau Pinang.
Berbeza pula dengan rakan sepasukannya yang juga merupakan tonggak utama Jordan, Noor Al-Rawabdeh, yang lebih berminat untuk makan nasi lemak dan daging rendang di pagi Hari Raya Aidilfitri esok.

Apakah antara juadah Hari Raya yang ditunggu-tunggu oleh Faisal Halim, Danial Asri, Noor Al-Rawabdeh dan Samuel Sommerville? Anda pula bagaimana? Sila komen di bawah ?? ? Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 kepada semua umat Islam, dengan penuh rasa maaf dan keikhlasan.??#SFCpic.twitter.com/U3erQaINh0

— Selangor FC (@selangorfc) April 8, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Saingan Liga Super Malaysia 2024/2025 bakal membuka tirainya pada bulan depan dan Selangor juga bakal bermain di saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) nanti.
Ikuti Saluran Whatsapp Astro Arena di sini
#bola sepak #Selangor