Napoli tawar hati pancing pemain dari Afrika

Shaiful Shamsudin
Ogos 3, 2022 21:42 MYT
Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis, secara kontroversi mencadangkan kelab itu tidak akan menandatangani pemain dari benua Afrika melainkan mereka membuat perjanjian untuk tidak beraksi dalam Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).
Musim lalu, Napoli kehilangan pemain antarabangsa Cameroon, Andre-Franck Zambo Anguissa, dan pertahanan Senegal, Kalidou Koulibaly, atas penyertaan mereka dalam AFCON, awal tahun ini.
Penyerang, Victor Osimhen, juga patut menyertai kejohanan di Cameroon itu untuk mewakili Nigeria tetapi hasratnya dipadamkan oleh kecederaan.
AFCON seterusnya akan diadakan di Ivory Coast pada 2024, lantas De Laurentiis berkata kelab itu menuntut komitmen daripada mana-mana pemain yang ingin menyertai Napoli bahawa mereka sanggup mengetepikan kejohanan itu.

On The Right Track?? @sscnapoli pic.twitter.com/HQ1VCRvntc

— Victor Osimhen (@victorosimhen9) July 31, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya memberitahu mereka: anak-anak, jangan bercakap dengan saya tentang pemain Afrika lagi," katanya dalam satu petikan yang dilaporkan oleh Football Italia.
“Saya sayangkan mereka tetapi mereka perlu bersetuju untuk mengesahkan mereka akan berundur diri daripada menyertai AFCON atau kelayakan Piala Dunia di Amerika Selatan, pemain-pemain ini tidak pernah ada!
"Kami adalah orang bodoh yang membayar gaji hanya untuk menghantar mereka ke seluruh dunia dan beraksi untuk orang lain."
#Napoli #Serie A #Aurelio De Laurentiis