Napoli tandatangani Victor Osimhen dengan rekod perpindahan termahal

Muzaffar Musa
Ogos 1, 2020 02:35 MYT
Napoli mendatangkan penyerang berprofil tinggi, Victor Osimhen, daripada Lille dengan perpindahan yang dilaporkan sebagai rekod termahal kelab itu bernilai €50 juta (RM249.7 juta) sebagai bayaran pendahuluan.
Pemain berusia 21 tahun itu hanya beraksi selama setahun di Perancis tetapi sudah cukup untuk membuktikan keupayaannya sehingga menarik minat kelab Serie A berkenaan, di mana Napoli dilaporkan memeterai kontrak selama lima tahun dalam kesepakatan itu.
Pemain kebangsaan Nigeria itu berpindah ke Eropah pada 2017 apabila ditandatangani Wolfsburg tetapi dibenarkan untuk menyertai kelab Belgium, Charleroi, secara pinjaman dan pasukan itu kemudian membelinya secara tetap tahun lalu selepas menjaringkan 20 gol dalam musim 2018-19.
Charleroi kemudian memperoleh keuntungan segera daripada perlaburan €3.5 juta (RM17.4 juta) itu apabila Lille sanggup mengeluarkan €15 juta (RM74.9 juta) untuk membawa pemain itu ke Perancis.
Dalam musim Ligue 1 pertamanya, Osimhen menjaringan 13 gol -- jumlah yang hanya dapat diatasi Wissam Ben Yedder, Kylian Mbappe and Moussa Dembele -- selain melakukan empat bantuan gol daripada 27 penampilan.
Laporan di Itali mendakwa kesepakatan itu boleh mencecah sehingga €54 juta (RM269.7 juta), sekali gus menjadikannya sebagai pemain termahal Napoli.

Welcome Victor ? https://t.co/Gmi6FnvO21#WelcomeOsimhen ? #ForzaNapoliSempre pic.twitter.com/miFie1wyoO

— Official SSC Napoli (@sscnapoli) July 31, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Napoli #Lille #Ligue 1 #Serie A #Victor Osimhen