Naomi Osaka meluahkan kerisauannya mengenai situasi Peng Shuai, yang tidak diketahui khabarnya sejak mendedahkan mengenai serangan sexual yang dihadapinya daripada seorang bekas naib perdana menteri China.

Peng, juara acara beregu Kejohanan Wimbledon pada 2013, membuat tuduhan itu terhadap Zhang Gaoli dalam satu kiriman di laman social China, Weibo, minggu lalu.

Kiriman itu, termasuk kesemua kiriman lain yang dimuat naik Peng, telah diturunkan daripada laman berkenaan.

Pelbagai laporan mendakwa pemain berusia 35 tahun itu tidak lagi dapat dilihat atau didengari sejak melakukan tuduhan berkenaan dan Persatuan Tenis wanita (WTA) menggesa agar perkara itu disiasat secara menyeluruh.

Setakat ini, masih belum ada respons daripada Kerajaan China berhubung tuduhan itu.

Bagaimanapun, jurucakap kementerian hal ehwal luar negara kerajaan itu berkata kepada wartawan bahawa dia tidak tahu mengenai perkara itu.

"Saya tidak pernah mendengar mengenai isu yang anda bangkitkan. Ini bukan soalan diplomatik," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan yang tersebar luas.

Kini, salah seorang nama besar sukan tenis dan juara kejohanan utama empat kali, Osaka, menggunakan platform laman sosialnya untuk mempersoalkan situasi itu.

"Hai semua, saya tidak pasti sama ada anda mengikuti berita ini tetapi baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa seorang rakan pemain tenis saya telah hilang sebaik dia mendedahkan mengenai serangan sexual yang dilaluinya," kata Osaka dalam satu kenyataan yang diterbitkan melalui akaun Twitter rasminya.

"Penapisan tidak bgaus dalam hal ini, saya harap Peng Shuai dan keluarganya berada dalam keadaan selamat dan baik-baik sahaja.

"Saya amat terkejut dengan sutuasi terkini dan saya memberikan kasih sayang sepenuhnya buatnya."

Osaka turut menyertakan tanda pagar #whereispengshuai (#dimanapengshuai) dalam kiriman itu.