Bekas pertahanan Manchester United, Fabio da Silva, menandatangani kontrak dengan Nantes selepas berhijrah dari Middlesbrough, menamatkan tempoh 10 tahun dalam saingan bola sepak Inggeris.

Selepas memulakan karier di Fluminense, pemain berusia 28 tahun itu menyinar di Old Trafford dalam musim 2008/09 di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson tetapi hanya melakukan 23 penampilan bersama United sebelum menyertai Cardiff City pada Januari 2014.

Cardiff kemudian tersingkir ke Liga Kejuaraan pada penghujung musim dan Fabio menjadi tonggak utama di barisan pertahanan skuad Bluebirds itu, sebelum akhirnya melengkapkan kepulangan ke Liga Perdana Inggeris dengan menyertai Middlesbrough pada 2016.

Selepas tersingkir buat kali kedua, pemain yang melakukan dua penampilan bersama skuad kebangsaan Brazil itu akan kembali beraksi di pentas tertinggi selepas bersetuju dengan kontrak tiga tahun bersama Nantes.

Dia memberitahu laman web rasmi pasukan: "Saya gembira untuk berhijrah ke FC Nantes.

"Saya tidak sabar untuk memulakan latihan dan membantu rakan sepasukan.

"Saya telah mengenali sebahagian kecil daripada mereka kerana menonton perlawanan melalui televisyen dan saya sangat bersemangat!"