Nagelsmann calon sesuai jadi jurulatih Real Madrid, kata Rangnick

Muzaffar Musa
Ogos 21, 2020 04:11 MYT
Julian Nagelsmann dicanang sebagai calon sesuai untuk menjadi jurulatih Real Madrid selepas membawa RB Leipzig layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Keyakinan itu disuarakan oleh bekas jurulatih Leipzig, Ralf Rangnick, yang kini mengetuai bahagian sukan dan pembangunan Red Bull.
Rangnick kagum dengan kemampuan pengendali berusia 33 tahun itu dalam musim pertamanya sebagai jurulatih Leipzig, di mana bekas pengurus Hoffenheim itu membawa pasukan berkenaan menamatkan saingan Bundesliga di tangga ketiga.
Perjalanan mereka di peringkat Eropah ditamatkan Paris Saint-Germain (PSG) dalam separuh akhir tetapi Leipzig dan Nagelsmann akan kembali mencabar UCL bagi musim 2020-21.
"Saya percaya dia boleh mengendalikan Real Madrid," kata Rangnick kepada akhbar Jerman, Bild.
"Saya fikir tidak mustahil untuk dia ke kelab lebih besar (daripada Leipzig) jika dia mahukannya."
Nagelsmann pernah dikaitkan untuk menduduki jawatan utama di Santiago Bernabeu itu tetapi dikhabarkan menolak tawaran berkenaan pada 2018.
Jurulatih muda itu, yang cita rasa fesyennya kerap menjadi tumpuan, berkata selepas kekalahan pasukannya kepada PSG bahawa dia amat berbangga dengan pemainnya berikutan mara ke separuh akhir dengan menumbangkan pasukan besar seperti Tottenham Hotspur dan Atletico Madrid.

We're incredibly proud of our team and to be able to call ourselves @ChampionsLeague semi-finalists ? Thank you for all your support this season! ❤️ ?⚪ #DieRotenBullen pic.twitter.com/Hv4NVnt6PR

— RB Leipzig English (@RBLeipzig_EN) August 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia menambah: "Jika anda melihat kepada jentera serangan PSG (Neymar dan Kylian Mbappe), kedua-dua mereka berharga lebih mahal daripada keseluruhan skuad kami, jadi kami akan melakukan apa yang termampu dalam jendela perpindahan kali ini.
"Kami tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk berbelanja," katanya.
#Real Madrid #RB Leipzig #Ralf Rangnick #Liga Juara-Juara Eropah