Nagelsmann: Bukan kesilapan taktikal Guardiola

Shaiful Shamsudin
Ogos 18, 2020 04:18 MYT
Pengurus RB Leipzig, Julian Nagelsmann, tidak percaya Pep Guardiola tersilap taktikal ketika Manchester City tewas mengejut kepada Lyon -- yang akan dihadapi mereka di peringkat empat pasukan terbaik di Lisbon, awal pagi esok.
City tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) kelmarin sambil Lyon mara ke separuh akhir -- sekali gus menempah pertemuan dengan Bayern Munich -- menerusi kemenangan 3-1.
Raheem Sterling melepaskan peluang terbuka ketika The Citizens ketinggalan 1-2 sebelum Moussa Dembele memastikan kemaraan Lyon dengan mencetak gol kedua peribadinya.
Dilihat berupaya untuk menyaingi sistem wakil Ligue 1 itu, Guardiola beralih ke formasi 3-4-3 untuk pertembungan berkenaan.
Namun, sebaliknya berlaku sehingga mengundang kritikan hebat terhadap pengurus dari Sepanyol itu atas pendekatannya tersebut sementara pengurus Lyon, Rudi Garcia, menganggap kunci kejayaan pasukannya adalah dengan "memenangi pertempuran taktikal."

3 - Since progressing from his first seven Champions League quarter-finals as a manager with Barcelona and FC Bayern München, Pep Guardiola has been eliminated in each of his three appearances at this stage of the competition with Man City (17-18, 18-19 & 19-20). Crushing. #UCL pic.twitter.com/szeEW7qLWG

— OptaJoe (@OptaJoe) August 15, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nagelsmann, bagaimanapun, menegaskan bahawa keputusan itu dipengaruhi detik-detik individu dan bukannya taktik yang akhirnya mengorbankan kelab Inggeris tersebut.
"Ideanya secara dasarnya tidak terlalu rumit," katanya, yang gemar mengubah pendekatan mengetengahkan tiga mahupun empat pertahanan, dalam sidang akhbar menjelang pertemuan separuh akhir Leipzig menentang Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi esok.
"Sama ada 3-4-3 atau 4-3-3, saya rasa ia tidak penting buat Kevin De Bruyne.
"Pada akhirnya, ini adalah situasi individu. Pada pendapat saya, terlalu mudah untuk selalu menyalahkan formasi dalam keadaan seperti itu.

saksikan sekumpulan anak muda cacat penglihatan tekad menggapai impian untuk menjadi pemain bola sepak profesional. Nantikan filem Eye On The Ball Akan Datang 20 Ogos ini hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda! .#eyeontheballfilm#kakibola#AstroFirst pic.twitter.com/8A64cYOqPg

— Astro Shaw (@AstroShaw) August 11, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sekiranya City menang, semua orang akan melabelnya sebagai "taktik bertaraf dunia! Kini mengejutkan semua orang.'
"Padahal ia satu pertemuan yang sengit. Dalam aksi kalah mati, anda perlu menerapkan taktikal yang mungkin tidak sesuai diketengahkan dalam liga. Sekiranya keadaan memaksa, maka anda berpeluang untuk berkongsi mata. Bagaimanapun, ia tidak berfungsi seperti itu dalam Liga Juara-Juara (UCL). Setiap pengurus perlu mencari jalan penyelesaian tersendiri."
Leipzig menempah tiket separuh akhir menerusi kemenangan 2-1 ke atas Atletico Madrid, sementara PSG mengatasi Atalanta secara dramatik.
Nagelsmann menjangkakan satu pertembungan sengit terutama dengan kelibat Neymar dan Kylian Mbappe yang mungkin akan mengetuai jentera serangan PSG, namun dia tetap yakin kelab Jerman itu akan lebih berkobar-kobar untuk beraksi dan menampilkan daya tahan seperti yang dijelmakan ketika menghadapi penutup kempen Bundesliga.
"Saya fikir dalam Bundesliga, barisan anak buah saya keletihan kerana sentiasa mengejar kedudukan selepas ketinggalan," katanya.
"Mereka berdepan tempoh yang janggal.
"Mereka dahagakan kemenangan dan aksi bertemu Atletico Madrid adalah buktinya. Kami berasa gembira tetapi kami masih perlu meningkatkan usaha dan pemain sudah bersedia.
"Kualiti yang dimiliki (PSG) sangat tinggi, jadi ini akan menjadi usaha kolektif. Kami akan berusaha untuk menjelmakan corak sebenar permainan kami dan menjadi berani. Kami ingin berusaha memberikan mereka tekanan, kami mempunyai potensi ini dengan kehadiran ramai pemain muda dan kami akan membuktikannya."
#Manchester City #Pep Guardiola #RB Leipzig #Julian Nagelsmann #Lyon