Ketua jurulatih Bayern Munich, Julian Nagelsmann memuji Robert Lewandowski, yang melabel dia sebagai legenda Bundesliga berikutan hatrik yang dilakar dalam kemenangan 5-0 ke atas Hertha Berlin.

Lewandowski cemerlang dalam aksi semalam, menjaringkan tiga gol ketika memimpin Bayern merekodkan kemenangan ke atas Hertha.

Pemain kebangsaan Poland, yang telah dikaitkan dengan penghijrahan, meledak gol yang ke-13 berturut-turut dalam aksi Bundesliga -- hanya Gerd Muller (16, 1969-70) yang menemui jaringan lebih banyak berbanding Lewandowski.

Lewandowski mengtasi 300 gol buat Bayern, meraih 301 dalam penampilan yang ke-333 buat gergasi Jerman itu.



"Dia sudah pasti salah seorang terbaik dalam sejarah Bundesliga," kata Nagelsmann.

"Anda mesti melalui banyak perkara sepanjang bersama pasukan, tetapi dia sangat konsisten, memiliki kemampuan hebat untuk membuat dirinya di tahap tersendiri.

"Dia bukan hanya menunggu bola, dia turut serta merencana gerakan dan menghasilkan banyak peluang dalam kotak penalti.

"Lewandowski seorang pemain yang berkualiti dan perwatakan yang baik. Jika anda telah banyak menang sejak dua tahun lalu dan masih lagi dahagakan dari aksi pertama.

"Tiada persoalan, dia sudah pasti berada di puncak."