Julian Nagelsmann yakin Leon Goretzka mampu dikekal dengan menandatangani kontrak bersama Bayern Munich.

Kontrak Goretzka berbaki kurang daripada setahun dengan juara Jerman itu dan telah menjadi sasaran Manchester United dan Real Madrid.

Pemain berusia 26 tahun itu mejaringkan lima dan lima assist dalam 24 perlawanan Bundesliga musim lalu.

Pengendali yang baru dilantik, Nagelsmann, menegaskan bahawa dia ingin mengekalkan Goretzka di Allianz Arena, tetapi perbincangan kontrak dengan pemain tengah itu berada di luar kemampuannya.

"Saya tidak cukup terlibat dalam urusan pemain dan tidak terlibat untuk menguruskan pemain dalam isu kontrak," kata Nagelsmann.

"Sudah tentu saya telah bercakap dengannya mengenai rancangan saya untuknya.

"Saya telah memberitahunya bahawa saya akan gembira jika dia melanjutkan dan saya juga yakin. Terdapat beberapa topik yang berkaitan ketika membincang mengenai lanjutan kontraknya.

"Saya akan terus fokus pada aspek bola dan menunjukkan kepadanya bahawa dia boleh menjadi salah seorang pemain tengah paling berbahaya di Eropah. Dia berpotensi untuk menjadi lebih baik."