Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain, menafikan khabar angin bahawa Terengganu bakal memancing pertahanan kental Perak FC, Shahrul Saad.

"Kami perlukan pemain yang bagus, (lebih-lebih lagi) dia seorang pertahanan terbaik di Malaysia.

"Tetapi ia bukan mudah, itu hanyalah khabar angin," katanya dalam sidang media selepas bertemu Sri Pahang yang berkesudahan 1-1 malam tadi.


?? HARI PERLAWANAN #7 : SRI PAHANG FC v TERENGGANU FC ?? ?| Aksi-aksi perlawanan sebentar tadi. #TerengganuFC #WeBleedBlackAndWhite #Winbackmission

Posted by Terengganu Football Club on Tuesday, April 6, 2021


Terengganu hanya boleh menyalahkan diri sendiri tatkala jurang dengan pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT) semakin jauh kepada lima mata.

Dia kecewa apabila anak buahnya gagal memanfaatkan beberapa peluang terbuka termasuk mensia-siakan sepakan penalti untuk skuad Peteh itu berputih mata membawa pulang tiga mata Liga Super dari Stadium Darulmakmur.

Nafuzi tidak menolak untuk membawa import baru menjelang jendela perpindahan kedua selepas pasukannya bergelut dengan senarai panjang pemain yang cedera.