Nafuzi Zain mengakui masih berhajat mengemudi Terengganu pada musim depan sekalipun tidak menolak lamaran kelab luar.

Pengurusan skuad Peteh masih belum membuka mulut mengenai kontrak lanjutannya musim depan, secara tidak langsung menyulitkan perancangan anak jati itu bersama dengan Terengganu.

"Kontrak saya bersama Terengganu masih ada tapi saya sedia berunding dengan mana-mana kelab.

"Keutamaan saya semestinya bersama Terengganu kerana sudah dua tahun bersama pasukan.

"Misi saya belum tercapai, banyak lagi pemain-pemain Terengganu yang perlu menjadi matang untuk bermain bagus," kata bekas pemain tengah kebangsaan itu sejurus barisan bimbingannya terkandas dalam separuh akhir Piala Malaysia di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan agregat 1-4 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.