Real Madrid mengumumkan bahawa pertahanan tengah, Nacho, telah bersetuju untuk menandatangani kontrak lanjutan, tidak lama selepas rakan seposisinya, Sergio Ramos, sah menyertai Paris Saint-Germain (PSG).

Legenda Madrid, Ramos, meninggalkan kelab Sepanyol itu sebaik kontraknya tamat hujung bulan lalu dan memilih untuk mengikat kesepakatan selama dua tahun dengan PSG.

Ramos mahukan kontrak selama dua tahun di Santiago Bernabeu tetapi Madrid dikhabarkan hanya menawarkan lanjutan setahun buat pemain berusia 35 tahun itu.

Sementara itu, Nacho, yang mempunyai baki kontrak sehingga 2022, telah bersetuju untuk melanjutkan tempohnya di Madrid sehingga 2023.

Masa yang dipilih Madrid untuk mengumumkan perkara itu mencetuskan persoalan memancangkan Nacho pada April lalu pernah mendedahkan bahawa masa depannya akan bergantung kepada keputusan Ramos.

"Sudah pasti, sama ada Madrid melanjutkan kontrak Ramos atau menandatangani pertahanan baru. Dua keputusan itu akan mempengaruhi masa depan saya," kata Nacho.